Showing posts with label Baby Feeding. Show all posts
Showing posts with label Baby Feeding. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Friso Gold Step 3

Start minggu lepas secara tiba-tiba, takde ribut takde angin takde hujan, Cik Zara taknak minum susu. Puas pujuk dengan semua cara, buat sesedih la, gempakkan dia nak larikan botol susu dengan susu pada lizard la, buat-buat jengil mata pun langsung tak jalan. Dia nangis-nangis macam kene sebut patblas kali taknak minum. Walhal day before tu elok je dia minum susu ni dan fresh milk. Tetiba hari ni langsung taknak minum. Bagi fresh milk perisa strawbery pun tak nak jugak. 

Mengalah la jugak nampaknya. Cuma letak harapan kengkadang kat school dia, bila Cik Zara dan mengantuk sangat, teacher letak susu sebelah, dia minum. Tu pun mungkin sebab haus. Kalau kat rumah memang takde harapan. Haus macammana pun, tetap cari air. Cuma bersyukur makan memang tak tolak. Hahaha..Alhamdulillah.

Oleh yang demikian, saya nak let go je lah Friso Gold Step 3 ni dari tak dipakai. Beli minggu lepas dengan harga RM72.50. Sapa-sapa nak beli kira FREE pos. Ini adalah pek yang besar tau.  Selama ni, tiap kali saya beli Friso dari step 1 hingga step 3 tak pernah saya nak simpan kotak. Yelah, kita nak pakai isinya je kan, buat apa pulak nak simpan kotak tu kan. Buat menyemak je.  Kira macam habis madu sepah dibuang je. Rupanya, kat bawah bahagian kotak tu ada barcode number yang kita kene simpan. Potong barcode tu kemudian kita kumpul banyak² untuk redeem voucher. Pengiraan dia cenggini :

700g = 18 point
900g = 25 point
1.2kg = 36 point

Dan korang boleh redeem dengan hantar barcode tu ke www.friso.com.my. Haaaaaaaaaaaaa..Best tak?

Inilah barcode nya
Harga Jual RM70 + FREE POS

Hanya untuk pembeli yang betul-betul berminat sila hubungi  0193345290
Terima kasih.

SOLD OUT

Tuesday, January 13, 2015

Food Feeder Double Pack


Food feeder sesuai untuk baby yang dah mula start makan dan nak mula mengenal rasa. Food feeder ni disertakan sekali dengan chain yang boleh gantungkan kat baju baby.

Jenama : Kidsme
Description : Color Orange and red, Size S
Tempoh Guna : Tak pernah guna
Harga Beli : RM59.90
Harga Jual : RM50 (Tidak termasuk postage)
Condition : 10/10
Cadangan : Digalakkan untuk COD untuk melihat sendiri.
Pertanyaan : Wasap 0193345290

Cara guna :

1. Ambil buah seperti apple, peach, pisang and etc
2. Potong kecil-kecil atau potong dadu
3. Masukkan dalam food feeder